Monday, 29 September 2014

Kenali Alatan Khat Dan Cara Guna

Bismillah...

Salam...
Bila anda beli alatan penulisan khat sama ada secara tunggal atau secara set...ia harus dijaga & diguna pakai dengan betul supaya alatan tersebut tidak cepat rosak & tidak membazir. 




Foto di atas menunjukkan set yang hampir lengkap & memenuhi keperluan penulisan khat.

Apa yg perlu ada sebelum menulis khat gaya tradisional:-

  1. Resam/Handam/Qalam Buluh
  2. Dakwat  
  3. Tempat dakwat
  4. Pisau
  5. Kertas las/kertas pasir
  6. Kain lap/tisu




RESAM


Jika menulis menggunakan resam, pastikan resam itu diraut dan dipotong mengikut kesesuaian. 

Jika menulis menggunakan tangan kanan, pilihlah resam yang dipotong untuk pengguna tangan kanan. begitu juga jika menulis dengan tangan kiri.
Jika resam yang dijual oleh Faiz Craft Calligraphy, pada pembungkusnya terdapat simbul di bawah :-








Simbul L untuk LEFT HANDED













untuk RIGHT HANDED biasanya tidak dilabelkan.
 
Jangan lupa maklumkan anda menulis guna tangan apa ketika menempah resam dari mana-mana peniaga.




Untuk mengetahui cara meraut resam, sila lihat perkongsian ilmu tajuk "Cara Meraut Resam - Siri 1".





DAKWAT


Ada banyak jenis dakwat yang boleh digunakan. Belilah yang sesuai. Mana-mana dakwat pun sama, ada kelebihan & ada kekurangan. Carilah yang bersesuaian dengan selera/selesa tangan anda menulis.

Secara umum dakwat ada 2 jenis. 
Waterproof & Non Waterproof  
ini ada perbezaan apabila tulisan itu kering. 


Ini antara contoh dakwat Waterproof
Made in England




Foto di bawah adalah contoh dakwat warna Non-Waterproof.
Dakwat dalam pelbagai warna boleh membangkitkan mood untuk terus menulis atau membuat latihan khat.





  









Tulisan yang sudah kering (menggunakan dakwat Waterproof)...
...jika tertitik atau tumpah air ke atasnya, ia tidak akan mengganggu atau tidak juga merosakkannya.

Bagaimana pun dakwat waterproof  lebih mahal harganya.

Manakala tulisan yang sudah kering (menggunakan dakwat Non-Waterproof)...
...jika tertitik atau tumpah air ke atasnya, ia akan menyebabkan tulisan itu kembang atau merosakkannya.

Harga dakwat pula lebih murah sedikit dan sesuai untuk kegunaan latihan.



Sekian dulu, insyaallah kita sambung lagi nanti. 



_________________________________________________________________________________

...segala yg tertulis di blog ini adalah dari pengetahuan saya yg cetek dan terbatas. Saya perolehi ilmu ini melalui ilham dan dgn izin dari Allah swt. Disamping itu ia juga adalah hasil kajian yg saya lakukan sendiri sepanjang 10 bulan mengenali sifat dakwat & peralatan penulisan khat. Sekali pun ia bukanlah kajian ilmiah yg diiktiraf tetapi kajian ini saya lakukan bertujuan untuk menghasilkan produk terbaik & bermanfaat untuk kebaikan bersama. 

Semua ini adalah hasil pengalaman dalam kajian yang saya lakukan dan selebihnya melalui bahan-bahan bacaan serta perkongsian dari pakar-pakar penulisan khat.

Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam segala perkongsian ilmu ini. Saya hanyalah insan biasa yang tidak pernah lepas dari kesilapan .

Semoga ilmu ini dapat membantu & memberi kebaikan kepada semua. Moga Allah berkati segala usaha kita mencari ilmu & mendapat keredhaanNya. Aameen.

wallahualam...




Tuesday, 23 September 2014

ALATAN PENULISAN KHAT : DAKWAT WARNA

Dakwat warna non-waterproof



20ml
Terdapat dalam 6 warna 
(Merah & Ungu)
 
1 botol = RM10
(harga belum masuk caj penghantaran/poslaju)


MAAF !!! SOLD OUT !!!

____________________________________________________________



MAAF !!! SOLD OUT !!!





 

 1 SET DAKWAT = RM75
6 botol (Hitam, Biru, Merah, Ungu, Hijau, Coklat)
1 dakwat hitam(waterproof) +
 poslaju caj S/M: RM6 @ Sbh/Srwk: RM10 

PERCUMA 3 tpt dakwat (bernilai RM24)

MAAF !!! SOLD OUT !!!

Saturday, 20 September 2014

Pembuat & Pembekal Alatan Penulisan Khat

Memerlukan alatan penulisan khat? 

Di mana nak beli?

Hubungi/whatsApp
Faiz Craft Calligraphy
+6013 3739550


Untuk mengetahui promosi terkini ikuti  
INSTAGRAM kami faizcraft_alatankhat



Faiz Craft Calligraphy merupakan sebuah syarikat yang membuat peralatan khat secara tradisional (buatan tangan) & membekalkan ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak & negara-negara luar seperti Brunei, Singapura, Australia, Jordan, Kuwait dan beberapa negara lain.

Produk-produk Faiz Craft Calligraphy dihasilkan dengan rekaan tersendiri dan membawa imej kemelayuan pada Qalam Special Edition

Faiz Craft Calligraphy turut mengeluarkan kelengkapan penulisan khat dalam bentuk set bagi memudahkan pengguna dan ia lebih menjimatkan.

Hubungi/whatsApp
Faiz Craft Calligraphy
+6013 3739550

Untuk mengetahui promosi terkini ikuti   INSTAGRAM kami faizcraft_alatankhat