Tentang FaizCraft



Faiz Craft Calligraphy


Kami merupakan sebuah syarikat bumiputera.
Kepakaran kami menghasilkan alat tulis kaligrafi khat (kaligrafi Islam) seperti pembuatan Qalam(pen) tradisional dakwat celup yang menggunakan sumber alam semulajadi. Pembuatan qalam / pen tradisional ini dibuat sendiri oleh Nor Faizah Abdullah secara buatan tangan.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alat tulis khat yang kami hasilkan sentiasa menitikberatkan kekemasan, keunikan serta keselesaan ketika menulis dengan penerapan ciri-ciri tradisi kemelayuan (istimewa untuk Qalam Edisi Khas). Pembuatannya qalam / pen Edisi Khas pula dibuat dengan memperlihatkan corak lukisan tangan pada pemegang qalam/pen .
 
Ilham yang diperolehi dari Ilahi ini membuatkan Nor Faizah Abdullah sentiasa menambah baik qalam buatannya & menginovasi pelbagai lagi sumber alam untuk dijadikan qalam / pen khat. 

Pemilihan kayu dari hasil kajian beliau sendiri, membuatkan beliau sentiasa menampilkan pemilihan kayu / bahan alami terbaik dengan ciri-ciri khasiat kesihatan yang terdapat di pada kayu yang diubahsuai menjadi qalam / pen.

Faiz Craft Calligraphy juga menerima tempahan qalam "custom" mengikut kehendak, keperluan, minat & permintaan pelangan.
 
Tumpuan utama kami dalam penghasilan qalam khat terbaik dan memudahkan anda mendalami ilmu seni kaligrafi Islam.
Pembuatan alatan khat secara tradisional dan menampilkan ciri-ciri kemelayuan diterapkan bagi menimbulkan imej Melayu Malaysia.

Pengguna & pelangan kami hadir dari seluruh negeri-negeri di Malaysia, Sabah dan Sarawak. Malah kami turut menerima tempahan & pembelian daripada penggiat seni khat dari luar negara seperti Singapura, Brunei, Australia, Kuwait, Oman, Turkey, Jepun, Lebanon dan Thailand

Insyaallah, kami akan meneruskan perjuangan menghasilkan dan membekal alat tulis khat yang terbaik di Malaysia dan di seluaruh dunia, insyaAllah.

Lawati Kedai Online kami di Shopee Apps atau 
KLIK LINK
 
 



No comments:

Post a Comment