Wednesday, 1 October 2014

TIPS: Warna Tulisan Khat Menyerlah

Bismillah...

Salam semua.
Selama saya membuat kajian dalam bancuhan dakwat untuk keperluan penulisan khat, saya dapati ada perbezaan warna dakwat muncul apabila penggunaan kertas digunakan.

Kertas recycle akan memudarkan sedikit warna dakwat dan agak kesat untuk menulis khat.

Kertas "artcard" pula lebih licin, senang menulis dan menampakkan warna dakwat.

Bagaimana pun penggunaan kertas "photo glossy" ini agak istimewa apabila ia menimbulkan atau menjadikan warna dakwat lebih cantik & ketara. 

Insyaallah, saya akan kaji lebih lanjut lagi tentang kesan warna dakwat pada ketabalan kertas "photo glossy"


Kenali Alatan Khat Dan Cara Guna (2)

Bismillah...


DAKWAT 

Kita sambung lagi perkongsian ilmu tentang dakwat.

Ada orang yang tanya saya, perlukah dakwat Faiz Craft Calligraphy dicampur dengan air sebelum digunakan?

JAWAPANNYA :   JANGAN CAMPUR AIR pada semua jenis dakwat warna yang dijual oleh Faiz Craft Calligraphy. 

Ini bertujuan, menjaga kualiti kelicinan, warna dan kepekatan dakwat. 

Untuk dakwat hitam Non-waterproof, sekiranya sudah mulai pekat dan mulai kering di dalam tempat dakwat, anda boleh menambah beberapa titik air mineral sekadar cukup melicinkan penulisan.

Memang benar pada beberapa jenis dakwat warna yang berada dipasaran, sedikit percampuran air boleh dilakukan. Ada juga dakwat yang dibancuh dengan percampuran air. Pun begitu anda harus mengenali sifat dakwat tersebut sebelum mencampurkan air kepada dakwat anda. 

Ini kerana terdapat beberapa jenis dakwat yang apabila dicampurkan air, ia akan mengakibatkan dakwat tersebut rosak. Jadi untuk mengelakkan terjadinya kerosakan, lebih baik jangan campur air terus ke dalam botol dakwat. Cubaan mencampur air hanya dilakukan pada bekas dakwat.

Begitu juga dengan percampuran bahan-bahan warna yang lain. Sebelum anda mencampurkan bahan-bahan warna yang lain bagi sebarang tujuan seperti, memekatkan atau menukar warna asal dakwat...cubalah anda kenali dahulu dakwat tersebut. Ini adalah kerana sebahagian dakwat tidak berada dalam "keluarga yang sama". Bermaksud apabila ia dicampur ia akan menjadi seperti air campur minyak. Jadi berwaspadalah.

Saya cadangkan lebih baik jangan campur apa-apa pada dakwat melainkan anda memang sudah faham dengan sifat dakwat tersebut atau dakwat tersebut dari jenis & kualiti yang sama (same brand).




Cara Guna Dakwat

Sebelum anda menggunakan dakwat. 
Pastikan penutup botol dakwat tertutup kemas, kemudian goncanglah ia beberapa ketika bagi memastikan mendakan di bahagian bawah botol larut kembali.

Masukkan/tuang dakwat ke dalam "tempat dakwat" yang di dalamnya di letakkan span atau benang sutera atau apa-apa jua yang sesuai. 

Tuanglah dakwat tersebut sehingga basah seluruh span...tetapi jangan pula sampai banjir. Memadai basah seluruh span.

Kemudian sebelum mula menulis, celuplah resam/buluh beberapa kali. Jika resam/buluh itu baru pertama kali digunakan...celupan tersebut perlu diulang-ulang seketika bagi memastikan dakwat tersebut lekat pada mata resam/buluh. Insyaallah, itu lebih baik daripada celup sekali dan tulis. Ini akan mengakibatkan dakwat kurang lekat ketika menulis kelak.

Seseparuh orang malas menggunakan span atau tempat dakwat. Ini adalah tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan lebihan dakwat menitik atau mencomotkan tulisan. 

Selain itu ia juga akan menjadikan mata resam/buluh menjadi cepat kembang & mudah rosak. 


wallahualam...


Selamat menulis & berkarya... =)


...kita sambung lagi di lain masa, insyaAllah.