Assalamualaikum..
InsyaAllah..
Melalui pengalaman saya dalam bidang pembuatan qalam khat, saya ingin kongsikan cara-cara menjaga qalam khat agar ia lebih tahan lama & tidak membazir.
Islam melarang kita daripada membazir & boros.
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan.”
(Al Israk: 27)
Baiklah..Berbuatlah segala hal demi redha Allah.
______________________________________________
CARA-CARA MENJAGA QALAM KHAT
Untuk yang mengunakan Qalam Tradisional seperti :
Qalam Handam, Qalam Kayu, Qalam Buluh, Qalam Ijok dan beberapa qalam lain yang dibuat daripada alam semulajadi boleh dijaga seperti berikut...
1) Jangan celup qalam terus di dalam botol dakwat.
Ini kerana dakwat diperbuat daripada bahan cecair yang boleh menyababkan resapan yang terlalu banyak di bahagian mata qalam. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan mata qalam menjadi bengkak/rosak.
2) Gunalah "Tempat Dakwat" bersama bahan penyerap.
Tempat dakwat harus diisi dengan bahan penyerap seperti, span, benang sutera atau kain lembut. Penggunaan kain lembut atau "kapas pembalut luka" juga boleh digunakan tetapi mungkin akan terdapat benang-benang kecil yang terlekat pada hasil tulisan anda.
Jika mampu, lebih baik menggunakan Benang Sutera kerana ia menyerap dakwat dengan baik & lebih lembut.
Namun jika tidak mampu, memadai menggunakan span sebagai penyerap dakwat. Kalau boleh gunalah span yang mampat sperti span yang digunakan untuk membuat tempat duduk kereta. Jika tidak ada, span biasa juga boleh digunakan.
3) Lap mata qalam anda sebaik sahaja anda siap/berhenti menulis.
Memadai menggunakan kain kering.
4) Elakkan daripada membasuh atau mengelap mata qalam dengan kain basah.
Cara ini juga boleh mengakibatkan mata qalam anda bengkak, rosak & mungkin juga akan berkulat jika ia tidak cukup kering.
5) Simpan qalam anda di tempat yang bersuhu bilik.
Maksud saya di sini adalah:
# Simpan qalam di tempat yang tidak terlalu sejuk kerana bahan-bahan seperti kayu & buluh mungkin akan mengecut jika terlalu sejuk.
# Jangan biarkan qalam berjemur di bawah terik mentari kerana ia mungkin akan mengakibatkan qalam menjadi bengkok akibat pengembangannya/ regangannya. Jemuran yang lama di bawah terik mentari juga boleh menyebabkan ia mudah pecah.
6) Elakkan qalam daripada terhempas/jatuh dari tempat yang tinggi
Keadaan tersebut boleh mengakibatkan mata qalam rosak/sopek. Ini biasanyakan terjadi kepada mata qalam yang bersaiz halus seperti saiz kurang dari 1mm hingga 2mm.
Sampai di sini dulu kali ini..
InsyaAllah, saya akan sambung perkongsian tentang lanjutan cara penjagaan qalam & cara membaik pulih qalam yang rosak kerana kecuaian..
Ok..selamat menulis/berkarya & jaga alatan khat anda dengan baik agar ia TAHAN LEBIH LAMA & TIDAK MEMBAZIR.
Qalam yang dijaga dengan baik mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.InsyaAllah.
Kongsikan ilmu ini dengan teman-teman anda yang lain. Moga yang baik itu akan terus membawa kebaikan & kebajikan kepada ummah.aameen.
Maaf andai terdapat kekurangan & kesilapan. Segala yang buruk dan kelemahan itu tentunya dari saya yang tidak sempurna. Yang baik itu adalah milik Allah yang Maha Sempurna & Maha Esa.
Sebarang pertanyaan tentang alat tulis khat, mesej saya di whatsApp Faiz Craft Calligraphy +6013 3739550
Lawati kedai online Faiz Craft Calligraphy di Shopee Apps atau KLIK LINK
https://shopee.com.my/faizcraftcalligraphy123